PERLUASAN SEKOLAH j-QAF TAHUN 2011

23/02/2011 14:35

Alhamdulilah, Daerah Kota Tinggi telah diberi peluang untuk memperluaskan sekolah j-QAF bermula pada 21 Feb. 2011. Dimana seramai 14 orang guru PLBS dari pelbagai Institusi Pendidikan telah melapor diri ke sekolah-sekolah yang telah di tetapkan. Tahniah kepada semua guru-guru baharu agar dapat terus menabur bakti demi anak bangsa kerana ALLAH. Mudah-mudahan segala usaha dan ikhtiar dalam mencernakan kecemerlangan akan dapat disemai sepanjang perkhidmatan. Sehubngan itu, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi, akan sentiasa bersedia membantu dalam memburu keunggulan demi kecmerlangan dan kegemilangan bersama. Pelbagai program yang telah dirancang sepanjang tahun ini akan sedikit sebanyak membantu mereka yang telah bersedia menabur bakti. Berikut adalah sekolah-sekolah perluasan j-QAF bagi tahun 2011 :

1) SK LKTP Tenggaroh Selatan

2) SK Teluk Hutan Lesung

3) SK Sempang

4) SK Kampung Layau

5) SK Panchor

6) SK Kampung Baru Pasir Gogok

7) SK Sungai Papan

8) SK Petri Jaya

9) SK Punggai

10) SK Lepau

11) SK Tanjung Buai

12) SK Telok Sengat

13) SK Tanjung Surat

14) SK Johor Kampung

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.