PERTANDINGAN PENGIMARAHAN DAN PENGURUSAN MUSOLLA AL-HAKIM TAHUN 2012

25/02/2010 08:01

PERTANDINGAN PENGIMARAHAN DAN PENGURUSAN MUSOLLA AL-HAKIM PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2012 :

Tahniah diucapkan kepada Guru Besar serta semua guru dan staf SK Bandar Penawar, Kota Tinggi diatas Penganugerahan JOHAN Musolla al-Hakim Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2011.
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi akan mengadakan Pertandingan Pengimarahan dan Pengurusan musolla al-Hakim Peringkat Negeri Johor Tahun 2012. Sehubungan itu, mohon kerjasama semua sekolah menengah dan rendah daerah Kota Tinggi untuk bersedia merancang serta mengemaskini pengurusan Musolla/Surau masing-masing. Berikut adalah jadual pertandingan untuk perhatian dan tindakan sekolah :

 

BIL

PERINGKAT

TARIKH

TINDAKAN

1
SEKOLAH
MAC - APRIL 2012
GURU BESAR / PENGETUA
2
DAERAH
MEI - JULAI 2012
UPI, PPDKT
3
NEGERI
SEPTEMBER - OKTOBER 2012
SPI, JPNJ

 

Hanya sebuah Surau/Musolla Sekolah Rendah dan sebuah Surau/Musolla Sekolah Menengah sahaja yang akan dicalonkan ke peringkat negeri. Sila muat turun Panduan Pertandingan dalam web ini diruangan MUAT TURUN BAHAN :: Lain-lain Bahan.
Segala kerjasama dan perhatian didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

 

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.